PROTUNe

Program Tunas Niaga (PROTUNe) di Perlis dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis (PKENPs) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis berperanan sebagai agensi-agensi pelaksana peringkat negeri dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat kebangsaan.
Misi PROTUNe adalah untuk memupuk pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah ke arah memperkasakan ekonomi Bumiputera
Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah

Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk memula dan melaksana perniagaan dengan berkesan

Menyedia peluang pembelajaran keusahawanan melalui pengalaman

Memupuk minat untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan

Melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju
Modul 1 Taklimat Pentadbir & Guru Pembimbing
Taklimat kepada Pengetua-Pengetua Sekolah bertujuan memberi penerangan tentang objektif, kalendar tahunan, harapan dan pencapaian yang disasarkan dari pelaksanaan program ini

Sekretariat Pembangunan Usahawan

Urusetia terdiri dari Pengurus Korporat dan kakitangan Bahagian Korporat PKENPs.
Image

En Hasmadi Ibrahim | Pengurus Kanan Korporat | Pengerusi PROTUNe bagi seluruh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri di Malaysia

Image

Mona Ehsal Fahmy | Urusetia

Image

Nadzrina Ahmad | Urusetia

Hubungi Urusetia PROTUNe, Bahagian Korporat, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

Program PROTUNe dilaksanakan oleh PKENPs dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di bawah peruntukan dana Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.