Selamat Datang!ようこそ!어서 오십시오!!أهلا وسهلاยินดีต้อนรับ!स्वागत हे!欢迎!

"Kami CHILLAXJust Buat Relax"

Tentang Kami

Syarikat Chillax Sdn.Bhd. telah ditubuhkan pada 7 Januari 2019.Operasi dimulakan pada 1 Februari dengan memberi khidmat percuma kepada beberapa individu terpilih. Kami mempunyai 20 ahli pemegang saham yg mana ianya menjadi tulang belakang yg kuat dan kukuh utk menyokong syarikat ini. Kami memberi khidmat refleksologi yang mampu membantu orang ramai utk lebih meningkatkan kualiti sihat dan bertenaga. Selain dari itu, dengan memberi khidmat yang berkualiti, ia juga mampu menarik lebih ramai pelanggan mencuba perkhidmatan ini.

Image

Laporan Tahunan Chillax Sdn Bhd

Memperkasakan kesejahteraan masyarakat ke arah yang lebih harmoni

1) Mengutamakan Kepuasan Pelanggan

2) Menyediakan kualiti Perkhidmatan yang Cemerlang

3) Mengamalkan Syariat Islam

4) Melahirkan syarikat yang dinamik

Prakata

بسم الله الرحمن الرحيم

        Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi ruang dan peluang serta kesempatan untuk kami menubuhkan dan merealisasikan sebuah syarikat yg dijenamakan dengan Chillax Sdn Bhd. Penubuhan syarikat ini adalah berkonsepkan perkhidmatan menaiktaraf tahap kesihatan org ramai agar sentiasa berada dalam kondisi optimum. Dengan sokongan pihak2 yg berauthoriti, kami telah dibimbing dan diberi tunjuk ajar serta panduan bagaimana membentuk dan mengendalikan syarikat Chillax Sdn Bhd ini secara eksklusif. 

        Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para pendidik kami, Puan Azlina binti Ahmad Zain, Puan Masyitah binti Ibrahim dan pihak PKENPs yang memberikan segala bentuk bantuan dan tunjuk ajar yg amat2 kami perlukan. Tidak juga dilupakan buat semua pihak yang telah turut serta membantu menubuhkan Chillax Sdn Bhd sama ada secara langsung atau tidak langsung. Banyak kebaikan dan kelebihan sepanjang menyertai Program Tunas Niaga yang telah kami garap. Dari tiada sebarang ilmu keushawanan hinggalah tiap seorang dari anggota kami berjaya menguasai serta mengaplikasikan ilmu ini dlm bentuk yg sewajarnya.

        Kami telah dilatih secara intensif oleh pihak PKENPs dan mendapat tunjuk ajar daripada orang yang berpengalaman. Selain diberi bimbingan dan tunjukajar, kami disediakan dengan prasarana yg selesa dan serba lengkap ketika menyertai kem keushawanan ini. Ini sangat membantu kami melatih diri untuk sentiasa dapat bekerjasama serta bertoleransi dalam gerakerja berkumpulan. Dengan itu, ia menjadikan syarikat ini tertubuh dgn jaya dan penuh bergaya. 

        Akhir sekali, kami berharap agar perniagaan syarikat kami berjalan dengan baik dan lancar. Harapan kami juga moga-moga syarikat kami yang bernaung dibawah Chillax Sdn Bhd menjadi tarikan istimewa serta berjaya dan terpilih sebagai syarikat terbaik PROTUNe .. Wallahu'alam

No Pendaftaran Syarikat SSM-PROTUNe: PROTUNe/2019/01
Tarikh Pendaftaran: 07 JANUARI 2019
Pendaftar: PERBADANAN SSM PROTUNe

Klik logo kami

Carta Organisasi

Kenali Kami

Zukhruful Adenin Soleh Bin Jamnul Azhar

(Pengurus Besar)

Menjadi penandatangan bagi setiap akaun syarikat Menjalinkan hubungan pihak luar (rakan niaga) Merancang, menyelaras dan mengawal setiap aktiviti yang diadakan oleh syarikat Memberi dorongan kepada ahli syarikat dalam melaksanakan tugas dan menjayakan aktiviti.

Selaku Pengurus Besar Syarikat Chillax Sdn Bhd menjadi satu benda yang patut bagi diri beliau untuk melakukan tugas dengan sempurna dan mudah.

Muhammad Afif Bin Fisul

(Pengurus Pengeluaran)

Merancang segala perlaksanaan projek. 

 -Memastikan projek berjalan mengikut jadual. 

 -Menyimpan dan menjaga keselamatan stok dan peralatan. 

 -Meninjau pandangan pelanggan terhadap pemilihan produk.

Mohamad Irfan Bin Mohamad Jasni

(Pengurus Kewangan) 

- Merekod setiap wang keluar dan masuk bank. 

 - Merancang perbelanjaan wang dan keperluan syarikat.  Mengawal perbelanjaan syarikat dengan mencadangkan dan melaksanakan kaedah-kaedah yang dirasakan perlu.

- Menyimpan wang dengan selamat mengikut prosuder yang telah ditetapkan.

 - Memperolehi sumber kewangan melalui saham.

 - Mengemaskinikan lejar dan menyediakan penyata untung rugi serta kunci kira-kira setiap bulan.

Muhammad Adib bin Ahmad Zobri

(Pengurus Pentadbiran)

Menyediakan notis dan minit mesyuarat syarikat kepada para pemegang saham sebelum mesyuarat diadakan selewat-lewatnya tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat akan diadakan.  

Menyimpan rekod kehadiran mesyuarat, memegang rekod peribadi ahli-ahli syarikat, kakitangan dan pemegang saham.

 Menyediakan agenda dan mencatat minit mesyuarat serta mengedarkan minit mesyuarat kepada para pemegang saham sebelum mesyuarat diadakan. 

Muhammad Hakim Bin Rashdan

(Pengurus Pemasaran)

Memastikan segala proses pemasaran produk dan perkhidmatan syarikat berjalan dengan lancar.

 Menawarkan segala promosi bagi setiap projek syarikat. 

Mengenal pasti setiap kelemahan pesaing dan mempertingkatkan mutu pemasaran. 

Merancang segala aktiviti pemasaran dan merekodkan dalam laporan pemasaran. 

Muhammad Hadi Naufal Bin Mohd Ramzani

Pengurus Multimedia

Lokasi Syarikat

Countdown Tarikh Konvensyen Negeri (18/11/2019)

Perkhidmatan kami

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan refleksologi yang sangat berkualiti kepada semua.

Khidmat Masyarakat di surau Matri
kami menyediakan servis paling mantap
Perkhidmatan refleksologi outdoor
Perkhidmatan refleksologi indoor

Harga pakej

servis kami akan membirikan kepuasan maksima kepada anda semua

Standard Class
RM 10.00 (Dewasa) RM 7.00 (Pelajar)
  • Standard class merupakan pakej yang paling banyak mendatangkan keuntungan buat syarikat kami kerana nilai harganya yang mampu dimiliki oleh pelbagai jenis lapisan masyarakat.
  • Masa: 30 minit
Most Popular
Class A
RM 15.00 (Dewasa) RM 12.00 (Pelajar)
  • Class A merupakan pakej yang digemari ramai pelanggan kerana harganya yang berpatutan dengan perkhidmatan yang diberi.Pakej ini menyediakan air minuman panas seperti air teh kepada pelanggan kami ketika waktu urutan.
  • Masa: 1 Jam
Class S
RM 20.00 (Dewasa) RM 17.00 (Pelajar)
  • Class S merupakan harga pakej yang tertinggi namun memberikan kepuasan serta kelegaan kepada para pelangggan kerana jumlah masa urutan yang begitu panjang.Pakej ini juga menyediakan sedikit santapan seperti biskut dan air teh.Bukan itu sahaja, kami juga memberikan extra masa urutan selama 10 minit bagi pakej ini.
  • Masa: 1 Jam 30+10 minit

Produk Kreatif kami

Cetusan Idea

Coin Sorter ini merupakan cetusan idea daripada kesepakatan kami untuk mengadakan pertandingan produk terbaik. Hasil daripada pertandingan itu kami memgambil pemenang produk tersebut untuk dijadikan produk kami hasil perbincangan kami dengan pemenang tersbut.

Kegunaan Dan Kepentingan

Kalau dilihat secara kasarnya produk ini kelihatan biasa-biasa sahaja. Namun jika diteliti dengan mendalam ianya sangat luar biasa dan unik. Selain daripada memudahkan pengasingan duit syiling ia juga mudah dilaras dan boleh dibawa kemana-mana sahaja. Dan yang paling penting produk ini mempunyai peibagai warna yang boleh didapati.

Inventeri Dan Kos Kawalan

Untuk menghasilkan produk ini, syarikat kami telah memperuntukkan sedikit wang bagi mencipta produk ini. Selepas penelitian dijalankan, kami telah menetapkan RM10.00 sebagai harga  peruntukan bagi produk ini.

Lakaran Produk

Produk inovatif ini menggabungkan tiga elemen utama iaitu kadboard , gam dan pin kertas. Hasil gabungan ke tiga-tiga bahan ini maka terciptalah ‘Coin Sorter’. Kadboard yang digunakan ini merupakan barangan terpakai yang diambil daripada rumah kitar semula.

Penilaian Produk

Projek ini telah dinilai daripada beberapa aspek utama iaitu  kos bahan mentah, rupa bentuk dan juga keselamatan. Alhamdulillah, produk ini telah mencapai kesemua aspek berikut dan merupakan produk yang diiktirafkan selamat untuk digunakan bagi semua peringkat usia.

Keunikan Dan Keistimewaan

Antara keunikannya utama produk ini ialah dapat memberi jaminan kepuasan hati kepada pembelinya . Selain itu, ianya boleh didapati dalam pelbagai jenis warna yang dimana pelanggan boleh memilih warna kegemaran. Dan yang paling penting, harganya yang sangat berpatutan bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya.

Panorama Matri

Bengkel Portal Web

Bengkel Pembubaran Syarikat & Persembahan | Modul 7

 

23 Januari 2019

Mesyuarat Agong

21-23 Februari 2019

Kursus Pengurusan Syarikat (PROTUNe)

25-29 March 2019

Jualan Hari Sukan Tahunan Matri

5-7 April 2019

Kem Program Tunas Niaga

27-30 April 2019

Jualan Hari Anugerah Cemerlang Matri

5 May - 4 June 2019

Jualan Sepanjang Bulan Ramadhan

5-7 June 2019

Bengkel Pembangunan Website Program Tunas Niaga (PROTUNe)

Konvensyen Negeri Perlis

Chillax Sdn Bhd telah mengambil bahagian di dalam Konvensyen PROTUNe Peringkat Negeri Perlis.

Galeri Chillax Sdn Bhd

Profil Ahli Chillax Sdn Bhd

Testimoni Pelanggan Refleksologi

“Tiap kali saya stres saya akan mai jumpa depa sbb srs depa punya servis best x leh bwk bincang.”

"Perghhh servis depa memang mantap...murah plak tu. ”

“Ni nk habaq spa2 yg jumpa geng chillax ni rugi klau x suroh depa urut...harga dh la murah urut mcm profesional plak tuh.”

“Saya selalu sakit2 badan bila terdengaq kata reflek ni boleh legakan sakit2 badan saya trus pi cari chillax....bila skali dh kena urut perghh xleh nk berhenti dh”

Penutup

Alhamdulillah dengan izin Allah Maha Pengizin , kami telah Berjaya menyiapkan Laporan Tahunan Syarikat

Terima kasih atas sokongan daripada pihak yang memberi sokongan, dorongan ataupun tenaga yang berbentuk fizikal tidak kiralah secara langsung mahupun tidak langsung

Terima kasih juga kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) kerana menganjurkan program yang berunsurkan keusahawanan ini . Sememangnya program ini memberi impak yang besar kepada anak muda bumiputera. Tahniah juga diucapkan kepada mereka .

Sebelum terlupa, Jazakallahu Khair kepada Mudir Maahad At-Tarbiyah Al Islamiyah , Ust Abdul Hadi Bin Osman kerana sokongan , dorongan dan kata-kata semangat yang selalu dikongsi . Jasamu dikenang wahai murobbi .

Harapan Chillax Sdn Bhd agar laporan ini dapat memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat 

Wallahu’alam

Penghargaan

Terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menyokong aktiviti kami selama kami menjalankannya . Terutamanya pengetua Ma’ahad Attarbiyah Al-Islamiyah yang sentiasa mengizinkan kami mengadakan pelbagai aktiviti . Tidak dilupakan juga , guru pengelola kami yang berhempas pulas mendorong kami dan memberi tunjuk ajar yang baik kepada kami , iaitu Puan Masyitah Binti Ishak dan juga Puan Azlina Binti Ahmad Zain . Tanpa kata-kata yang merangsangkan semangat kami , sememangnya syarikat ini tidak akan berdiri teguh seperti sekarang . Selain itu , terima kasih juga kepada Ahli Lembaga Pengarah dan juga ahli-ahli syarikat yang lain kerana telah berusaha dan bekerjasama untuk menjayakan apa yang disasarkan oleh syarikat berdasarkan moto , visi dan misi syarikat .

  

Berminat?

Hubungi sekarang

+60115-661-8716 

x pon email je kami

zashstyle03@gmail.com