Selamat Datang !Welcome!歡迎!ようこそ!स्वागत हे!어서 오십시오!Velkommen!Welina!

"Kami The ZEALOUSJangan JEALOUS"

Image

Zealous Sdn. Bhd.

No. Pendaftaran Syarikat SSM-PROTUNe: PROTUNe/2019/02

Tarikh Pendaftaran: 7 Januari 2019

Pendaftar: PERBADANAN SSM PROTUNe

0
Ahli Syarikat

Konvensyen Negeri

Zealous Sdn. Bhd. telah mengambil bahagian dalam Konvensyen PROTUNe Peringkat Negeri Perlis.

Salam Bicara

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Tuhan Yang Maha Esa selawat dan salam ke atas junjungan mulia baginda Nabi Muhammad SAW kerana memberi kudrat dan masa kepada kami sepanjang proses penyiapan laporan tahunan Syarikat Zealous Sdn. Bhd.

  Ribuan penghargaan diiringi ucapan terima kasih tak terhingga kepada pembimbing utama kami Cikgu Masyitah bt Ishak selaku penasihat sepanjang syarikat ini ditubuhkan. Tidak dilupakan juga kepada Encik Hasmadi bin Ibrahim dan kru kerana telah sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami dengan menganjurkan kem dan kursus kepada Ahli Pengurusan Syarikat dari kursus pengenalan syarikat PROTUNe 2019 sehingga menyertai konvensyen untuk melonjakkan lagi nama syarikat kami di bibir masyarakat. Kepada guru pembantu Cikgu Azlina bt Ahmad Zain yang turut turun padang bagi menjayakan lagi Syarikat Zealous Sdn. Bhd. sehingga syarikat kami mencapai moto iaitu USAHAWAN PRODUKTIF, EKONOMI INOVATIF.

  Meskipun begitu, para ahli pemegang saham yang seramai 24 orang turut memberi kerjasama yang tidak terhingga sepanjang laporan ini disiapkan. Jutaan terima kasih ditujukan kepada pengetua Ma’ahad Attarbiyah Al-islamiyah, Tunjung, Beseri, Perlis, Ustaz Abdul Hadi bin Osman, guru-guru serta para pelajar yang memberi sokongan yang tak terhingga kepada Syarikat Zealous Sdn Bhd sepanjang tempoh 36 minggu beroperasi.

  Penglibatan para ahli syarikat dalam PROTUNe mencetuskan revolusi kepada kami untuk bersemangat dan paradigma kepada pemikiran kami tentang dunia perniagaan. Seterusnya program ini telah mengajar kami agar sentiasa tabah kerana kami sama-sama menempuh ujian sepanjang kami menceburi profesion ini biarpun di peringkat sekolah. Selain itu, ilmu keusahawanan melalui kem-kem yang telah dilaksanakan amatlah membuka minda kami tentang perniagaan serta memberi gambaran sedikit sebanyak kepada kami tentang cara-cara meneruskan perniagaan dengan baik.Kami amat berharap agar pihak PROTUNe akan memilih syarikat kami sebagai syarikat terbaik PROTUNe. Hal ini demikian kerana kami percaya dan yakin bahawa laporan dan sesi pembentangan kami semasa konvensyen akan datang memuaskan hati pihak PROTUNe.

   Akhirul kalam, sekian wabillah dan terima kasih.

Konvensyen Negeri Perlis (18-19.11.2019)

Lokasi Kami ;)

Mengapa kami?

Kami,Syarikat Zealous Sdn.Bhd. menyediakan keperluan dan kelengkapan kepada pelajar dan masyarakat kampung. Produk kami turut bersifat semula jadi dan mesra alam. Tiada kesan sampingan pengambilan produk kami. Kami juga merupakan syarikat yang mesra dengan masyarakat kampung sekitar sekolah. Kemasukan pelajar antarabangsa turut berpuas hati dengan layanan dan produk kami. Ini membuktikan bahawa syarikat kami mengeluarkan suatu produk yang berkualiti tinggi dan memudahkan urusan masyarakat dan pelajar-pelajar.

PENGALAMAN

Setiap ahli syarikat mempunyai pengalaman tersendiri dalam menguruskan perniagaan.

 

PENYELESAIAN YANG CEPAT DAN EFEKTIF

Syarikat kami berjaya mencari penyelesaian bagi masalah-masalah yang sering dihadapi ekonomi sekarang.

CETUSAN IDEA

Penghasilan produk yang inovatif dan mengikut gaya terkini yang memuaskan hati pelanggan.

HARGA BERPATUTAN

Meletakkan harga yang sesuai dan mampu milik bagi menarik perhatian ramai pembeli.

Image

Tentang Kami

Syarikat Zealous Sdn.Bhd. berjaya ditubuhkan pada 7 Januari 2019. Operasi dimulakan pada 1 Februari sehingga tarikh pembubaran 30 September 2019. Bukan itu sahaja,syarikat kami terdiri daripada 24 ahli pemegang saham.Syarikat kami menyediakan pelbagai produk inovatif yang mampu menarik minat orang ramai terhadap syarikat kami sekaligus menularkan nama baik syarikat.

Pengenalan

Image

WARNA

MAKSUD

Hitam

Melambangkan ketabahan kami menghadapi ujian sepanjang masa beroperasi

Putih

Kesucian dan halal produk kami

BENTUK

MAKSUD

Api Membara

Semangat membara ahli anggota syarikat.

Genggaman Tangan

Kesatuan ahli anggota syarikat.

USAHAWAN PRODUKTIF,EKONOMI INOVATIF

MISI

-Membentuk ciri keusahawanan yang kretif dan maju.

-Melatih ahli anggota agar berprestasi tinggi.

-Menyediakan produk yang terbaik.

VISI

-Membudayakan nilai keusahawanan dalam diri setiap ahli anggota serta maju jaya dalam bidang perniagaan.

CARTA ORGANISASI

Image
Ustazah Masyitah bt Ishak
Ustazah Masyitah bt IshakGuru Penasihat
Ustaz Abdul Hadi bin Osman
Ustaz Abdul Hadi bin OsmanPenaung
Cikgu Azlina bt  Ahmad Zain
Cikgu Azlina bt Ahmad ZainGuru Penasihat
Khadijah BT Mohd Shafie
Khadijah BT Mohd ShafiePengurus Besar
Nur Adlina BT Ahmad Asri
Nur Adlina BT Ahmad AsriPengurus Pemasaran
Wan Nurathirah BT Wan Zahari
Wan Nurathirah BT Wan ZahariPengurus Pentadbiran
Dina Mardhiah BT Mazrul Nizam
Dina Mardhiah BT Mazrul NizamPengurus Kewangan
Siti Khadijah BT Kamal
Siti Khadijah BT KamalPengurus Pengeluaran
Nurafifah BT Zakariya
Nurafifah BT ZakariyaPengurus IT

Barisan Ahli Pengurus Syarikat

KHADIJAH

Pengurus Besar.

Merancang, mengatur kerja, memantau dan menilai keseluruhan aktiviti syarikat.

- Menyelia aktiviti keempat-empat pengurus yang lain.

-Menjadi penghubung antara syarikat dengan pihak-pihak lain.

-Memastikan pengurus-pengurus menyerahkan laporan prestasi pada setiap bulan.

-Memastikan aktiviti-aktiviti syarikat selaras dengan garis panduan

SITI KHADIJAH

PENGURUS PENGELUARAN

-Menganggar jualan pengeluaran.

-Mengagihkan tugasan pengeluaran

-Menyediakan jadual

-Menentukan sumber input pengeluaran

-Menyimpan dan merekod laporan dan stok pengeluaran

-Memastikan mutu input dan kualiti pengeluaran yang tinggi dan pengeluaran mengikut jadual yang telah ditetapkan.

-Bekerjasama dengan pengurus-pengurus bahagian lain.

DINA MARDHIAH

PENGURUS KEWANGAN.

-Merancang perbelanjaan wang .

-Mengawal perbelanjaan syarikat

-Merekod setiap wang keluar masuk bank.

-Menyimpan wang dengan selamat.

-Mengemaskinikan lejar dan menyediakan penyata untung rugi serta kunci kira-kira setiap bulan.

- Menyediakan laporan kewangan syarikat.

- Menyediakan belanjawan tunai.

WAN NURATHIRAH

Pengurus Pentadbiran.

-Mencatat minit mesyuarat dan kehadiran ahli.

-Membantu pengurus besar dalam syarikat.

-Mengeluarkan notis masa mesyuarat.

-Melaksanakan mesyuarat bulanan.

-Menyimpan rekod dan dokumen dengan selamat.

-Memastikan gaji dikeluarkan tepat pada masanya.

-Kehadiran dalam mesyuarat mencapai 100%. .

NUR ADLINA

PENGURUS PEMASARAN

-Memasarkan hasil keluaran syarikat..

-Mengetahui sasaran pembeli dan kelemahan pesaing.

-Merancang strategi menularkan syarikat.

-Merancangkan aktiviti jualan.

-Mengawal dan mengesan aktiviti jualan setiap ahli syarikat

-Menyimpan rekod jualan.

-Memastikan projek-projek mengikut jadual yang ditetapkan

NURAFIFAH

PENGURUS MULTIMEDIA.

-Membantu dalam menyiapkan laporan dan slide..

-Mengemaskini website.

Produk Utama

Antara semua produk utama yang syarikat kami hasilkan, produk D'florence merupakan produk yang paling popular dan sering dibeli oleh para pelanggan. Ia merupakan minyak kelapa dara asli yang dibotolkan menggunakan botol spray vacuum serta mempunyai pelbagai khasiat.

Image

D'florence

D'florence 50mlRM20.00
D'florence 100mlRM35.00

Minyak kelapa dara asli yang bertemakan eksklusif kerana dibotolkan menggunakan botol spray vacum.

Produk Inovatif

Syarikat kami menghasilkan pelbagai produk inovatif. Namun, terdapat beberapa produk utama yang mendapat sambutan hangat daripada para pelanggan.

Image

Nacho Bread

Nacho breadRM2.00

Roti goreng tepung yang rangup ditambah dengan sos keju nacho.

Image

Yogurt Cocktail

Yogurt CocktailRM1.50

Cocktail buah yang digantikan dengan yogurt.

Image

Cucur Maggi

Cucur MaggiRM2.00

Cucur yang mempunyai isi mee kegemaran pelajar.

"Saya amat berpuas hati dengan kualiti produk mereka ”

"I am very satisfied with their product. It makes my skin smooth and better than before. Besides, it has a good smell!"

“Harga yang sangat berpatutan.Orang mampu milik.”

"حصلت على انطباع إيجابي 
"بعد استخدام منتجاتهم

Testimoni Pelanggan

Berikut merupakan maklum balas daripada para pelanggan.

Terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menyokong aktiviti kami selama kami menjalankannya . Terutamanya pengetua Ma’ahad Attarbiyah Al-Islamiyah yang sentiasa mengizinkan kami mengadakan pelbagai aktiviti . Tidak dilupakan juga , guru pengelola kami yang berhempas pulas mendorong kami dan memberi tunjuk ajar yang baik kepada kami , iaitu Puan Masyitah Binti Ishak dan juga Puan Azlina Binti Ahmad Zain . Tanpa kata-kata yang merangsangkan semangat kami , sememangnya syarikat ini tidak akan berdiri teguh seperti sekarang . Selain itu , terima kasih juga kepada Ahli Pengurus dan juga ahli pemegang saham yang lain kerana telah berusaha dan bekerjasama untuk menjayakan apa yang disasarkan oleh syarikat berdasarkan moto , visi dan misi syarikat .

  Selaku ahli pengurusan syarikat Zealous Sdn. Bhd , menjadi perkara yang sepatutnya bagi kami untuk mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) kerana telah mengadakan program yang bertujuan untuk membudayakan sifat keusahawanan dikalangan pelajar bumiputera . 

Sepanjang 9 bulan Syarikat Zealous Sdn. Bhd. beroperasi di bawah pimpinan Pengurus Besar,saudari Khadijah bt Mohd Shafie,tahap prestasi syarikat telah menunjukkan bahawa dengan kepimpinan beliau sebagai ketua organisasi,syarikat telah berjaya mengharungi cabaran serta halangan dalam dunia perniagaan dan menjadi sebuah syarikat PROTUNe yang cemerlang.

Contact us today and get your first

D'florence

Call us for any querry

017-4670593

or email us on

zealoussdnbhd@gmail.com

Kalendar 2019

Galeri Syarikat Zealous Sdn. Bhd.

Pelanggan Tetap

Kiosk Kami

Behind The Scene

#kepuasanandakebahagiaankami
Image

Perlabelan

Dilengkapi dgn pelekat yang simple dan elegan

Pembersihan Botol

Memastikan minyak kekal asli.

Pengisian Minyak

Dilakukan dengan hati-hati.

Ahli Pengurus Syarikat