WELCOME TO OUR NICECOOL FANTASTICWEBSITE SYARIKAT METRIX SDN. BHD

KONVENSYEN PROTUNe PERINGKAT NEGERI

BERILMU, BERINOVATIF, BERMANFAAT

SYARIKAT METRIX SDN.BHD

LEARN MORE
PRAKATA

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Tuhan Yang Maha Esa selawat dan salam ke atas junjungan mulia baginda Nabi Muhammad SAW kerana memberi kudrat dan masa kepada kami sepanjang proses penyiapan laporan tahunan Syarikat Metrix Sdn.Bhd.

Ribuan penghargaan diiringi ucapan terima kasih tak terhingga kepada pembimbing utama kami Puan Rospazliana Binti Md Isa dan Puan Aziah Binti Mohd Nor selaku penasihat sepanjang syarikat ini ditubuhkan. Tidak dilupakan juga kepada Encik Hasmadi bin Ibrahim dan kru kerana telah sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami dengan menganjurkan kursus kepada Ahli Pengurusan Syarikatdari kursus kemerlangan pengurusan PROTUNe 2019 sehingga menyertai konvensyen Persatuan Usahawan Muda peringkat kebangsaan untuk melonjakkan lagi nama syarikat kami di bibir masyarakat. Meskipun begitu, para ahli pemegang saham yang seramai 26 orang turut memberi kerjasama yang tidak terhingga sepanjang laporan ini disiapkan.

Jutaan terima kasih ditujukan kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen, Perlis. Puan Haliah Binti Othman, guru-guru serta para pelajar yang memberi sokongan yang tak terhingga kepada Syarikat Metrix Sdn Bhd sepanjang tempoh 36 minggu beroperasi.

Penglibatan para ahli syarikat dalam PROTUNe mencetuskan revolusi kepada kami dan memberi anjakkan paradigma kepada pemikiran kami tentang dunia perniagaan. Seterusnya program ini telah mengajar kami agar cekal dan tabah kerana kami sama-sama menempuh cabaran sepanjang kami menceburi profesion ini biarpun di peringkat sekolah. Selain itu, ilmu keusahawanan melalui kem-kem yang telah dijalankan amatlah membuka minda kami tentang perniagaan serta memberi gambaran sedikit sebanyak kepada kami tentang cara-cara meneruskan perniagaan dengan baik.

Potongan hadis Rasulullah mafhumnya “Sesungguhnya 8 daripada 10 rezeki adalah perniagaan…” berdasarkan hadis itu dan moto yang memberi semangat keusahawanan kepada kami untuk melonjakkan lagi kemajuan serta keuntungan syarikat kami. Kami amat berharap agar pihak PROTUNe akan memilih syarikat kami sebagai syarikat terbaik PROTUNe. Hal ini demikian kerana kami percaya dan yakin bahawa laporan dan sesi pembentangan kami semasa konvensyen Persatuan Usahawan Muda (PUM) akan datang memuaskan hati pihak PROTUNe. Akhirul kalam, sekian wabillah dan terima kasih.

PROFIL SYARIKAT

ALAMAT SYARIKAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUANKU LAILATUL SHAHREEN

JENIS PERNIAGAAN : SYARIKAT SDN BHD                                            

ASAS PERNIAGAAN : PERKHIDMATAN PRODUK INOVASI DAN PEMBEKEKAL MAKANAN

TARIKH PENUBUHAN :7 JANUARI 2019

LOGO SYARIKAT
Image

Dalam mempromosikan Syarikat Metrix  Sdn Bhd. 

Logo merupakan ikon penting bagi memperkenalkan syarikat ini dalam dunia usahawan. Ia juga menjadi salah satu elemen penting bagi melambang identiti syarikat. Setiap warna dan bentuk mempunyai maksud tersendiri yang menjadi asas dan polisi dalam operasi syarikat.

MOTO

BERILMU

Sentiasa berkemampuan utk mengetahui atau memaklumi kenyataan tentang sesuatu perkara. Seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan untuk meneruskkan hidup kerana kehidupan memerlukan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu seseorang umpama berjalan dlm gelap.

BERINOVATIF

Daya mencurahkan segala kemampuan diri dalam berfikir untuk menciptakan sesuatu yang baru bagi diri kita maupun masyarakat dan lingkungan sekitar kita. Untuk menjadi seseorang yang berguna di perlukan sifat inovatif mahupun kreatif kerana kedua hal tersebut sangat berkaitan, dalam kehidupan kita tetapi perlu di tekankan bahwa sikap inovatif harus didasarkan pada segala tindakan yang positif agar tidak berdampak buruk bagi lingkungan luas.

BERMANFAAT

Sikap ingin mencipta sesuatu yang bermanfaat, berguna, berfaedah kepada semua pihak

Image

CARTA ORGANISASI

SYARIKAT METRIX SDN.BHD

GURU PEMBIMBING SYARIKAT METRIX SDN. BHD.

PUAN NOOR AZIAH BINTI NOOR
PUAN NOOR AZIAH BINTI NOORGURU PEMBIMBING 1
PUAN ROSPAZLIANA BT MD ISA
PUAN ROSPAZLIANA BT MD ISAGURU PEMBIMBING 2
NUR ADNIN SAFIAH BINTI ZULHELMY
NUR ADNIN SAFIAH BINTI ZULHELMYKETUA PENGARAH EKSEKUTIFadninsafiah399@gmail.com
AINUL MARDHIAH BT MOHD SHOKRI
AINUL MARDHIAH BT MOHD SHOKRIPENGARAH PENTADBIRANainulmardhiahmohdshokri@gmail.com
MUHAMMAD NUR RAZIQ BIN HASHIMI
MUHAMMAD NUR RAZIQ BIN HASHIMIPENGARAH PENGELUARANRAZIQ@gmail.com
  • Merancang, mengatur kerja, memantau dan menilai keseluruhan aktiviti syarikat. 
  • Memimpin dan mendorong ahli supaya sentiasa memberi sumbangan dari segi idea dan tenaga.
  • Menyimpan rekod kehadiran mesyuarat, memegang rekod peribadi ahli-ahli syarikat, kakitangan dan pemegang saham.
  • Memantau dan memastikan semua ahli tahu serta melaksanakan tugaas masing-masing.
  • Menyediakan carta alir proses pengeluaran produk yang dipasarkan
  • Menentukan sumber input bahan mentah yang hendak dikeluarkan.
NUR ALYA NATASHA BT MOHD AZRI
NUR ALYA NATASHA BT MOHD AZRIPENGARAH PEMASARANalyanatasha@gmail.com
NUR AINUN SUFFIAH BINTI AZIZY
NUR AINUN SUFFIAH BINTI AZIZYPENGARAH KEWANGANeyenoon2305@gmail.com
MUHAMMAD AKIF DANIAL BIN RASHID
MUHAMMAD AKIF DANIAL BIN RASHIDPENGARAH MULTIMEDIAheartskingdom@gmail.com
  • Memasarkan hasil keluaran dan perkhidmatan syarikat supaya setiap projek berjalan lancar serta memenuhi kehendak pelanggan.
  • Mengetahui sasaran pembeli yang akan membeli produk
  • Merancang perbelanjaan wang dan keperluan syarikat
  • Mengawal perbelanjaan syarikat dengan mencadangkan dan melaksanakan kaedah-kaedah yang dirasakan perlu
  • Menyediakan laman sosial untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan
  • Membuat penambahbaikkan dalam urusan laman web

IBNU SINA READ AND REST CAFE

Image

 

Perpustakaan ini dijadikan sebagai tempat syarikat kami membekalkan makanan untuk semua pelajar. Antara makanan yang terdapat dalam kafe ini ialah:

1. Sandwich 

2. Buah-buahan 

3. Dadih dan puding

4. Spagetthi 

5. Roti dan biskut

6. Pelbagai minuman

SHOES DRYER

Image

Produk ini digunakan untuk membantu para pelajar mengeringkan kasut disebabkan oleh cuaca dan kekangan masa. 

Image
Image
Image

PENGHARGAAN

Bersyukur kami ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan laman web ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PROTUNe kerana memberi peluang kepada kami untuk menghasilkan laman web syarikat kami yang tersendiri.

     Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Rospazliana dan Puan Noor Aziah sebagai guru pembimbing yang memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami sejak tugasan pertama yang diberikan sehinggalah dalam proses menyiapkan laman web ini.

     Tidak dilupakan juga kepada kedua-dua ibu bapa kami yang telah memberi sokongan serta dorongan dalam menyertai program PROTUNe.

     Akhir sekali, kami berharap agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Selain itu, ianya dapat memberi manfaat kepada diri kami dan para pengguna agar sama- sama dapat menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kami.

PENUTUP

   Kami bersyukur kerana dapat diberikan peluang untuk menyertai program PROTUNe. Hal ini kerana, kami memperoleh banyak ilmu pengetahuan tentang pembukaan laman web syarikat kami. Daripada ilmu yang diperolehi, kami dapat membuka laman website syarikat dengan sendiri. Kami juga berharap agar pembukaan laman web syarikat kami ini dapat memberi manfaat kepada perniagaan kami. Akhir sekali, harapan kami adalah agar produk yang kami sediakan dapat diterima oleh orang ramai.

OUR GALLERY