Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan perniagaan Mummy G Food ( MGFood). Sepanjang menjalankan kerja perniagaan ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan perniagaan ini mungkin sedikit sebanyak membantu kami untuk meneruskan perniagaan kami pada masa akan datang. Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan perniagaan yang dilaksanakan oleh kami ini iaitu Mummy G Food (MGFood). Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan perniagaan ini. Terutamanya kepada guru yang banyak membantu dan membimbing kami iaitu, Puan Norfauziah Binti Mustafa kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan perniagaan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan perniagaan ini. Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi melaksanakan perniagaan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan perniagaan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan perniagaan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, perniagaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sekian, terima kasih.