Modul 2 Kursus TOT

Modul 2 Kursus TOT

Kursus “TOT” kepada Guru Pembimbing | Hotel Seaview, Langkawi

Pembukaan & Penutup : Encik Hasmadi bin Ibrahim | Pengurus Korporat PKENPs merangkap Pengerusi PROTUNe seluruh Malaysia

Keberhasilan:

Memberi kefahaman kepada guru-guru pengelola yang membimbing syarikat-syarikat Program Tunas Niaga (PROTUNe) di sekolah tentang pelaksanaan program ini secara menyeluruh agar matlamat pelaksanaannya untuk menanam semangat keusahawanan jati diri dan berdikari di kalangan generasi muda tercapai.

Mendapat kerjasama daripada guru pembimbing dalam melaksanakan Program Tunas Niaga (PROTUNE) sepanjang tahun ini.

Memberi peluang kepada para guru yang mengikuti program ini untuk meningkatkan kemahiran mereka yang akan memberikan markah tambahan dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

Memberi gambaran kepada para guru betapa pentingnya bidang keusahawanan untuk menjana pendapatan yang tinggi di kalangan masyarakat kita.

Keputusan Pertandingan / Aktiviti

Akviti LDK dijalankan untuk guru-guru pembimbing bagi menerangkan penyediaan

Laporan Tahunan Syarikat PROTUNe.

Selain itu, guru-guru juga diberi pendedahan bagaimana cara untuk membuat pembentangan Laporan Syarikat PROTUNe.

Peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan untuk aktiviti LDK Keusahawanan.

Keputusan pertandingan Pembentangan Laporan Tahunan Syarikat :- 

Bil

Hadiah

Nama Kumpulan

1

PERTAMA

 BEE_ZIEE CORPORATION SDN BHD

2

KEDUA

MERY_KUNCI SDN BHD

3

KETIGA

FIESTY FRIED SDN BHD

4

SAGUHATI

UNGU LAVENDER SDN BHD

5

K-K CORPORATION SDN BHD

6

BROS SDN BHD

7

SOFFY WAR SDN BHD

 

Client

Urusetia

Date

01 Mac 2019

Tags

Utama