Lawatan Keusahawanan TH

Lawatan Keusahawanan TH

LAWATAN KEUSAHAWANAN PROGRAM TUNAS NIAGA KE SELATAN THAILAND | Satun - Haadyai THAILAND

Suatu kunjungan ke sekolah-sekolah di selatan Thailand bagi mempelajari budaya keusahawanan telah diadakan. Seramai 40 orang ahli lawatan terdiri daripada guru-guru pembimbing Program PROTUNe serta pegawai-pegawai dari PKENPs dan PKNK didedahkan dengan pelbagai ilmu baru berkaitan inovasi produk keusahawanan. Kawasan yang dikunjungi termasuklah sekolah Tamalang dan beberapa lagi kawasan perniagaan penduduk tempatan.

Tamalang merupakan suatu kawasan penempatan penduduk yang rata-ratanya beragama islam dan menyara hidup dengan sumber laut. Budaya keusahawanan yang disemai sejak dari bangku sekolah lagi membuatkan kawasan ini berkembang pesat meskipun berada di kawasan luar bandar.

Diharap program kali ini akan memberi inspirasi kepada semua peserta bagi menyemai budaya keusahawanan disamping dapat mewujudkan hubungan erat bersama penduduk islam selatan Thailand.

Client

Urusetia

Date

02 Ogos 2019

Tags

Sekolah